Wednesday, June 2, 2010

hati-hati

hati aku,walau sekeras kerikil.
aku tetap tahu sakitnya.

hati aku,walau sekeras batu.
aku tetap tahu pedihnya.

hati aku,walau sekeras berlian.
aku tetap tahu kilauannya.

terima kasih pada mereka.
terima kasih pada mereka yang aku kendong dalam tangan aku.
terima kasih pada mereka yangaku tatap,aku belai manja tanpa jemu.
terima kasih pada mereka yang aku senyum tika terdengar namanya sahaja.
terima kasih pada mereka yang dalam sekelip mata mengubah hati aku.
terima kasih pada mereka yang menjadikan hati aku pedih.

semoga kau kuat hati.
semoga kau jadi lebih tabah hati.
semoga kau tidak diperkotak-katikkan,oh hati!
semoga kau tahu menjadi lebih kaku selepas ini hati.

betapa selama ini hati kau memang telah disakiti.
tapi kau cuba lupakan.
tapi aku tahu hati,kau tak mampu.
mereka-mereka itu tak pernah sekalipun tahu rahsia hati kau.
mereka hanya tahu merobek hati kau.

percayalah hati.
kau lebih mampu buat daripada apa yang telah kau lalui.
kau rasai,kau alami.

percayalah hati.
Tuhan itu sentiasa dengan kau.
Tuhan itu mahukan yang terbaik untuk kau hati.
Tuhan itu tahu kau sebenarnya lebih dari mampu apa yang kau alami.

HATIIIIIIII!
sakit hati.
luka tak berparut.
sakit tak berdarah.

omong kosong:sakit hati amat menyakitkan!:(

Saturday, May 22, 2010

senyum kamu.

senyum kamu sudah tidak berikan aku kekuatan.
senyum kamu sudah tidak berikan aku kesempurnaan.
senyum kamu sudah tidak berikan aku ketenangan hati.
senyum kamu sudah tidak berikan aku semangat.

dimana senyuman kamu yang paling aku suka itu?
dimana senyuman kamu yang paling ikhlas pernah aku lihat?
dimana senyuman kamu yang paling ingin aku tatap hari demi hari?
dimana senyuman kamu yang paling aku ketagih seperti aku ketagih dengan ecstacy?

aku mahu kamu senyum seperti dulu.
kerana kamu tidak pernah mahu tunjukkan masalah kamu.
kerana kamu mahu hiburkan hati aku.
kerana kamu mahu tidurkan aku dalam lena yang panjang.

:)

senyum kamu itu pengubat jiwa aku.
senyum kamu itu kekuatan bagi aku.
senyum kamu itu ketenangan bagi aku.
senyum kamu itu semangat aku untuk terus hidup di alam aku.

SENYUMMMMMMM!